Malaysian living in Qatar
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

TAJDID RAMADHAN (Ust. Abdul Hamed) 27 ~ 29/08/2009

Go down

TAJDID RAMADHAN (Ust. Abdul Hamed) 27 ~ 29/08/2009 Empty TAJDID RAMADHAN (Ust. Abdul Hamed) 27 ~ 29/08/2009

Post by silver16v 2009-08-28, 07:11

Assalamualaikum wbt.

Muslimin dan muslimat warga Malaysia semua:

Saudara/i muslimin muslimat serta keluarga adalah dijemput untuk bersama-sama menghadiri siri ceramah agama oleh Dr Abdul Hamed Loumri yang akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti lampiran.

Penceramah: Ustaz Abdul Hamed Loumri

Ustaz Abdul Hamed berbangsa Algeria yang mempunyai status Penduduk Tetap (PR) Malaysia dan telah menetap di Malaysia hampir 20 tahun. Beliau fasih berbahasa Melayu, Arab, English dan French.

Di peringkat awal, beliau telah mendapat diploma di dalam bidang Elektronik and Aerospace di Belgium dan Perancis. Beliau kemudian mendapat Sarjana Muda Syariah dari universiti di Algeria. Ustaz Abdul Hamed seterusnya mendapat Sarjana & Doktor Falsafah (PhD) dari Islamic University of Madinah di dalam Jurusan Hadith.

Ustaz Abdul Hamed pernah menjadi pesyarah di beberapa institusi pengajian tinggi di Malaysia termasuk di Universiti Islam Antarabangsa , KUSZA dan Universiti Malaya sebelum membuka Madrasah Tahfiz Al Iman di Johor.

Ustaz Abdul Hamed juga terlibat secara langsung di dalam Khidmat Masyarakat seperti Penasihat Persatuan Cina Muslim Malaysia, Pereka dan Penulis Kurikulum SUA YIK di Kelantan dan Ahli Perunding Pusat Al-I’jaz Al-Ilmi, Jeddah, Saudi.

Program Ceramah Minda Tajdid Bersama Pengasas Maadrasah Tahfiz Al Iman

Dr. Abdul Hamed Loumri adalah seperti berikut:

Tarikh: 27-August-09 (Khamis)
Waktu: 9.00 – 11.00 AM
Program: Ceramah Muslim Kaum ibu di Doha
Tajuk: Sifat sifat isteri soleh
Lokasi: Colloseum Village Compound, Muaither

Waktu: 5.00 – 10.00 PM (Khamis)
Program: Iftar, Solat Tarawikh dan Ceramah Perdana di Doha
Tajuk: Rasullullah di bulan ramadhan
Lokasi: AL-ARABI SPORTS CLUB MULTI-PURPOSE HALL

Waktu: 12.00 PM – 3.00 AM (Jumaat)
Program: Qiyamulail, Berzikir, Tadarus, Tafsir Surah Terpilih dan Ceramah Muslim di Doha

Tajuk : 11 Amalan dengan ganjaran Qiyamulail
Lokasi: SURAU AL HAYA COMPOUND


Tarikh: 28 August 09 (Jumaat)

Waktu: 5.00 – 7.00 PM (Jumaat)
Program: Iftar dan Ceramah Muslim di Al Khor
Tajuk: Perkara2 yang perlu diketahui berkaitan bulan ramadhan
Lokasi: RASGAS AL KHOR COMPOUND


Tarikh: 29 August 09 (Sabtu)

Waktu: 9.00 – 11.00 AM
Program: Ceramah Muslim di Doha
Tajuk: Malam Lailatul Qadr, anugerah dan barakah
Lokasi: Al HAYA COMPOUND CLUB HOUSE

Waktu: 4.00 – 7.00 PM (Sabtu)
Program: Iftar, Solat Tarawikh dan Ceramah Muslim di Doha
Tajuk1: Apa selepas ramadhan

Tajuk2: Zakat dan Sedeqah
Lokasi: AL HAYA COMPOUND CLUB HOUSE

Jazakumullah.

Wassalam,
Sekretariat program,

Hj. Wan Harris
Hj Jamal Sulaiman
Hj Megat Rithaud
Abdullah

Insya-Allah bersama hadir ke majlis ilmu disamping merapatkan silaturahim. Jazakumullahkhoir.

www.malqatar.com

http://www.malqatar.com/MAQ/index.php?option=com_content&view=article&id=200:siri-ceramah-ramadhan-27-29082009
silver16v
silver16v
Active Member
Active Member

Number of posts : 360
Location : Doha
Registration date : 2008-04-01

http://www.malaysiaqatar.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum