Malaysian living in Qatar
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MAJLIS IFTAR RAMADHAN (27/08/2009)

2 posters

Go down

MAJLIS IFTAR RAMADHAN (27/08/2009) Empty MAJLIS IFTAR RAMADHAN (27/08/2009)

Post by silver16v 2009-08-03, 20:43

Tarikh : 27/08/2009
Tempat : Al-Ahli Sport Club

Untuk keterangan lanjut sila ke website MAQ;

http://www.malqatar.com/MAQ/index.php?option=com_content&view=article&id=180

Assalamu'alaikum warahmatullah,

MAJLIS IFTAR RAMADHAN BERSAMA SHEIKH THANI BIN ABDULLAH CHARITY & M.O.I. QATAR

Bersempena dengan bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak nanti, sukacita dimaklumkan, MAQ dengan kerjasama "Sheikh Thani bin Abdullah Al Thani Charity & Ministry of Interior (MOI)", akan menganjurkan Majlis Iftar Ramadhan, InsyaAllah pada tanggal 27 Ogos 2009 bersamaan hari Khamis. Tempat majlis masih dalam peringkat perbincangan dan akan diumumkan kelak.

Majlis Iftar Ramadan ini adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia (yang beragama Islam) serta keluarga dan keutamaan diberi kepada ahli-ahli MAQ memandangkan tempat yang terhad dan 'on 1st come 1st serve basis'. MAQ menjangkakan seramai 500 akan hadir di dalam majlis tersebut.

Perbelanjaan untuk tempat & makanan untuk majlis tersebut adalah dibiayai oleh Pihak "Sheikh Thani bin Abdullah Al Thani Charity". Walau bagaimanapun, Tuan/Puan juga digalakkan untuk membawa juadah/kuih-muih ke majlis tersebut untuk dinikmati bersama-sama. Selain dari itu, pihak MAQ juga mengalu-alukan sebarang bentuk sedekah/derma samada wang atau barangan untuk lebih menjayakan lagi majlis Iftar tersebut.

MAQ juga akan membawa seorang penceramah dari Malaysia untuk sessi ceramah pada hari tersebut. Untuk itu, pihak MAQ amat berbesar hati sekiranya ada rakyat Malaysia yang sudi menaja perbelanjaan penceramah jemputan tersebut. Butiran lanjut serta biodata penceramah akan dikeluarkan kemudian.

Kami memohon kerjasama kepada mereka yang akan hadir ke majlis ini supaya dapat menghantarkan nama mereka (termasuk bilangan ahli keluarga) sebelum 20 Ogos 2009. Sila hantarkan pendaftaran anda (sila nyatakan bilnagan ahli keluarga) melalui e-mail : event@malqatar.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it . Ini akan memudahkan kami untuk membuat persediaan awal bagi mencari tempat yang sesuai dengan bilangan tetamu dan jumlah tempahan makanan.

Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi mana-mana Ahli Jawatankuasa MAQ 2009/10.

Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan akan memeriahkan majlis kita nanti dan ditambahkan lagi keberkatan oleh Allah SWT, InsyaAllah.

Wassalam.

Ahli Jawatankuasa MAQ 2009/10
silver16v
silver16v
Active Member
Active Member

Number of posts : 360
Location : Doha
Registration date : 2008-04-01

http://www.malaysiaqatar.com

Back to top Go down

MAJLIS IFTAR RAMADHAN (27/08/2009) Empty MAJLIS IFTAR RAMADHAN BERSAMA SHEIKH THANI BIN ABDULLAH CHARITY & M.O.I. QATAR

Post by Wak 2009-08-11, 08:31

Assalamu'alaikum warahmatullah,

Bersempena dengan bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak nanti, sukacita dimaklumkan, MAQ dengan kerjasama "Sheikh Thani bin Abdullah Al ThaniCharity & Ministry of Interior (MOI)", akan menganjurkan Majlis Iftar Ramadhan, InsyaAllah pada tanggal 27 Ogos 2009 bersamaan hari Khamis. Tempat majlis masih dalam peringkat perbincangan dan akan diumumkan kelak.
Butiran lanjut program adalah seperti di bawah :

Masa
Program

5.00 - 5.58 petang
Ketibaan tetamu

5.58 - 6.15 petang
Berbuka Puasa

6.15 - 6.30 petang
Solat Jemaah Maghrib

6.30 – 7.30 malam
Makan Malam dan Persembahan Video MOI

7.30.- 8.30 malam
Solat Jemaah Isyak dan Terawih

8.30 – 10.00 malam
Ceramah oleh Penceramah dari Malaysia







Majlis Iftar Ramadan ini adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia (yang beragama Islam) serta keluarga dan keutamaan diberi kepada ahli-ahli MAQ memandangkan tempat yang terhad dan 'on 1st come 1st serve basis'. MAQ menjangkakan seramai 500 akan hadir di dalam majlis tersebut.

Perbelanjaan untuk tempat & makanan untuk majlis tersebut adalah dibiayai oleh Pihak "Sheikh Thani bin Abdullah Al Thani Charity". Walau bagaimanapun, Tuan/Puan juga digalakkan untuk membawa juadah/kuih-muih ke majlis tersebut untuk dinikmati bersama-sama. Selain dari itu, pihak MAQ juga mengalu-alukan sebarang bentuk sedekah/derma samada wang atau barangan untuk lebih menjayakan lagi majlis Iftar tersebut.

MAQ juga akan membawa seorang penceramah dari Malaysia untuk sessi ceramah pada hari tersebut. Untuk itu, pihak MAQ amat berbesar hati sekiranya ada rakyat Malaysia yang sudi menaja perbelanjaan penceramah jemputan tersebut. Butiran lanjut serta biodata penceramah akan dikeluarkan kemudian.

Kami memohon kerjasama kepada mereka yang akan hadir ke majlis ini supaya dapat menghantarkan nama mereka (termasuk bilangan ahli keluarga)sebelum 20 Ogos 2009. Sila hantarkan pendaftaran anda (sila nyatakan bilnagan ahli keluarga) melalui e-mail : event@malqatar.com . Ini akan memudahkan kami untuk membuat persediaan awal bagi mencari tempat yang sesuai dengan bilangan tetamu dan jumlah tempahan makanan.

Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi mana-mana Ahli Jawatankuasa MAQ 2009/10.

Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan akan memeriahkan majlis kita nanti dan ditambahkan lagi keberkatan oleh Allah SWT, InsyaAllah.


Wassalam.

Ahli Jawatankuasa MAQ 2009/10
Wak
Wak
Active Member
Active Member

Number of posts : 471
Registration date : 2008-12-17

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum