Malaysian living in Qatar
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Majlis Taklimat Haji 2009 (30/04/2009)

3 posters

Go down

Majlis Taklimat Haji 2009 (30/04/2009) Empty Majlis Taklimat Haji 2009 (30/04/2009)

Post by silver16v 2009-04-26, 19:40

Assalamualaikum wbt,
Kepada bakal-bakal jemaah haji tahun ini, insyaAllah pada hari Khamis ini (30 April), saya mewakili pihak penganjur program haji Malaysia dari Qatar tahun ini (Hj. Issyam Ismail , Hj. Mansor Rahmat) dengan sukacitanya menjemput rakan-rakan ke majlis taklimat haji seperti berikut:

Tarikh : Khamis, 30 April 2009
Waktu : Selepas solat isya'
Tempat : Green Village Clubhouse (sila lihat peta beserta GPS coordinate)

Agendanya insyaAllah adalah seperti berikut:

- Solat isya' berjemaah di masjid2 berdekatan
- Jamuan ringan
- 8:45 pm. Pengenalan ringkas ibadah haji (A to Z) - Hj. Mansor/Zaim
- 9:05 pm. Logistik ibadah haji (musafir dengan bas) - Hj. Issyam dan lain2.
- 9:25 pm. Logistik ibadah haji (musafir dengan kapal terbang) Hj. Halibullah
- 9:45 pm. Jadual kursus haji, perkara yang perlu diketahui awal, dan lain-lain perkara berkaitan - Hj. Issyam, Hj. Mansor, Zaim, etc.
- 10:05 pm. Majlis bersurai

Pengisian akan dibuat oleh rakan2 yang telah mengerjakan haji, insyaAllah.

Bagi mereka yang ingin mendaftar untuk menunaikan haji dengan bas, sila bawa perkara berikut:

1. Copy passport (front page) dan copy Residence Permit dari passport
2. Gambar 4 keping (passport size) berlatar-belakangka n warna putih.
3. Wang pendahuluan QR500 seorang
serta menyerahkan detail no tel, email.

Kemudian nanti (setelah ramadhan):
Non Objection Letter dari sponsor.
Vaccination dan copy certificate Meningitis, vaccination influenza juga digalakkan
Pastikan sewaktu hendak mengerjakan haji
- passport valid min 6 bulan
- RP valid min 3 bulan
Semoga Allah s.w.t. memudahkan ibadah haji tuan puan dan mengurniakan haji mabrur yang balasannya tidak lain dan tidak bukan syurga. Amin.

"Kesalahan yang berlaku di antara umrah itu diampunkan, manakala haji mabrur pula tidak ada balasan baginya melainkan syurga". (H.R. Imam Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah saw, “Bersegeralah kamu menunaikan fardu haji kerana seseorang itu tidak tahu barang yang akan berlaku ke atasnya (mati)". (HR Imam Ahmad)

"Orang-orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah ialah tetamu Allah. Jika mereka memohon doa Allah perkenankan. Dan jika memohon keampunannya Allah ampunkan". (H.R. Imam An-Nasa'i).

"Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk mengerjakan ibadah haji sama seperti dibelanjakan pada perang fisabilillah, setiap wang ringgit yang dibelanjakan itu akan digantikan dan digandakan sebanyak tujuh ratus kali ganda." (HR Imam Ahmad).

Semoga kita semua dapat mengerjakan haji dengan cara apa sekalipun.

Firman Allah dalam ayat 27, Surah Al-Hajj

Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Hj. Issyam (5865782) atau Hj. Mansor (5176875) atau saya sendiri.
Semoga usaha ini mendapat keredaan Allah hendaknya.

Wasalam,
Zaim.
5542637
silver16v
silver16v
Active Member
Active Member

Number of posts : 360
Location : Doha
Registration date : 2008-04-01

http://www.malaysiaqatar.com

Back to top Go down

Majlis Taklimat Haji 2009 (30/04/2009) Empty Re: Majlis Taklimat Haji 2009 (30/04/2009)

Post by Abdullah 2009-05-20, 16:19

Sy akan tiba di Qatar pada 6 Jun 2009 ini, masih berpeluang tak untuk saya mohon untuk ikuti pakej haji 2009 ini & juga sertai kursus2 haji yang berkaitan?

sy dapat tahu pendaftaran haji boleh dibuat d kedutaan malaysia, sengaja buat pertanyaan kat sini manatau ada hamba2 ALlah yang ada kaitan dengan pendaftaran haji ini terbaca akan pertanyaan yang saya buat ni.

Trimas
Abdullah
Abdullah
Active Member
Active Member

Number of posts : 110
Registration date : 2009-04-10

Back to top Go down

Majlis Taklimat Haji 2009 (30/04/2009) Empty Re: Majlis Taklimat Haji 2009 (30/04/2009)

Post by eltax 2009-05-21, 08:29

Assalammualaikum,

Abdullah, Kursus Haji akan diadakan pada minggu pertama, kedua & ketiga bulan June nih.

Pihak kedutaan tidak menguruskan sebarang urusan pendaftaran Haji untuk makluman. Saya mencadangkan, utk saudara hadir pada kursus Haji kelak dan sebarang pertanyaan/pendaftaran boleh dilakukan ketika program tersebut dijalankan.

Apa-2 pun, saudara kenalah selesaikan dulu urusan mendapatkan RP (Residence Permit), Qatar dahulu untuk membolehkan mengerjakan ibadah Haji melalui kuota Haji Qatar.

Wa'assalam.
eltax
eltax
Active Member
Active Member

Number of posts : 117
Registration date : 2008-04-01

Back to top Go down

Majlis Taklimat Haji 2009 (30/04/2009) Empty Re: Majlis Taklimat Haji 2009 (30/04/2009)

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum