Malaysian living in Qatar
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

CERAMAH UMUM - 24 FEB 2011 (KHAMIS :7.45 MLM)

Go down

CERAMAH UMUM - 24 FEB 2011 (KHAMIS :7.45 MLM) Empty CERAMAH UMUM - 24 FEB 2011 (KHAMIS :7.45 MLM)

Post by Racing_Camel 2011-02-20, 21:32

Assalamu'alaikum warahmatullah,

Tuan/Puan sekeluarga dijemput untuk sama-sama hadir ke sessi Ceramah Umum
seperti butiran dibawah :

Tarikh : 24 FEBRUARI 2011 (KHAMIS)
Waktu : 7.45 malam
Lokasi : Green Village Compound (Clubhouse), Al-Waab Street
(peta dilampirkan)

(Nota : Tuan/Puan digalakkan untuk solat Isyak di masjid berdekatan lokasi
ceramah)

Ceramah bertajuk "ISLAM DAN CABARAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA", di
mana penceramah akan mengulas topik-topik berkenaan keindahan dan
kesesuaian Islam dalam masyarakat berbilang kaum & agama, survival Islam
di Malaysia dalam mendepani isu-isu semasa dan hal-hal lain yang
berkaitan. Selain dari itu, penceramah juga akan berkongsi tentang apakah
peranan efektif yang harus dimainkan oleh individu Muslim dalam memastikan
Islam terus berkembang dan pada masa yang sama hubungan kemasyarakatan
tetap terjaga.

Ceramah akan disampaikan oleh penceramah jemputan khas, YBhg Ustaz Haji
Zamri Hashim, merangkap Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Perak. Secara
ringkas, latarbelakang penceramah adalah seperti berikut :

Berumur 39 tahun, berkeluarga dan mempunyai 4 orang anak. Mendapat
pendidikan di peringkat Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Usuluddin dan
Tafsir Al-Quran dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau juga mempunyai
kelulusan dalam bidang Metodologi Dakwah, Bahasa Arab dan Kefatwaan dari
Lujnah Ulya Universiti Azhar Assyarif. Penceramah bakal menamatkan
pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Al-Quran & Sunnah di Universiti
Malaya tidak lama lagi.

Sekarang ini, penceramah memegang jawatan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri
Perak dan sangat aktif dalam aktiviti dakwah seperti melalui penulisan
kertas kerja dan risalah, penyampaian kuliah melalui media cetak dan
elektronik, kuliah-kuliah agama di masjid dan surau atau sebagainya.

Sekiranya Tuan/Puan akan hadir, sila hantarkan email ke event@malqatar.com
dengan menyatakan "HADIR" dan jumlah kehadiran (sekiranya bersama ahli
keluarga). Ini adalah bagi tujuan penyediaan jamuan makanan oleh pihak
penganjur.

Marilah kita bersama-sama memanfaatkan peluang ini untuk menimba ilmu
serta bertukar pandangan, di samping merapatkan tali silaturrahim sesama
kita. Semoga kehadiran Tuan/Puan sekeluarga akan menambahkan lagi
keberkatan majlis itu nanti, InsyaAllah.

Wassalam

Jawatankuasa MAQ 2010/11
Racing_Camel
Racing_Camel
Active Member
Active Member

Number of posts : 192
Location : Arabian Desert
Registration date : 2008-04-01

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum