Malaysian living in Qatar
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kehebatan budak menundukkan kuda raja

2 posters

Go down

Kehebatan budak menundukkan kuda raja Empty Kehebatan budak menundukkan kuda raja

Post by Wak 2010-03-23, 13:40

"Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah plak tu. Beliau mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat per pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ... itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudanya.

Tapi kuda ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya.

Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kuda tu duduk. Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian... makin egolah raja sorang ni.

Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kuda tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya "Apa yang engkau buat sampai kuda beta tu duduk wahai budak?" maka dengan selambanya budak tu berkata "Tadi patik jentik gonad (buah) kuda tu sampai dia terduduk. (Senak la agaknya kot...) Budak kecil pun diberikan hadiah dan lalu blah sambil mengira-ngira wang yang dimenanginya.

Raja yang tak puas hati dan hendak mengadakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu. "Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu... ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kuda raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya......raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi.

Dengan selambanya raja berkata, "cubalah kalau boleh". Budak kecik ni pun pegi kat kuda tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kuda tu terus menggelengkan kepalanya, Maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi. Raja berasa pelik lalu bertanya! "Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kuda beta pun gelengkan kepalanya?" Dengan selambanya budak tu jawab "Nak kena jentik lagi...??"
Wak
Wak
Active Member
Active Member

Number of posts : 471
Registration date : 2008-12-17

Back to top Go down

Kehebatan budak menundukkan kuda raja Empty Re: Kehebatan budak menundukkan kuda raja

Post by kutu_beramboi 2010-03-23, 15:46

lol!

moral of the story: jgn under estimate org lain walaupun nampak mcm takde apa2...
kutu_beramboi
kutu_beramboi
Active Member
Active Member

Number of posts : 597
Location : Qatar
Registration date : 2008-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum