Malaysian living in Qatar
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Fw: Kelas Tafsir oleh Ustaz Amir (setiap Sabtu selepas solat Isya')

2 posters

Go down

Fw: Kelas Tafsir oleh Ustaz Amir (setiap Sabtu selepas solat Isya') Empty Fw: Kelas Tafsir oleh Ustaz Amir (setiap Sabtu selepas solat Isya')

Post by malaysiaqatar 2009-03-21, 13:32

Assalamualakum,
Harap maklum, bagi sesiapa yang ada kelapangan dialu-alukan mengikut kelas tafsir Ustaz Amir yang diadakan di sebuah masjid di Bin Omran, tidak jauh dari Shezan Hotel/Al-Ahli hospital.

Masa: Selepas solat isya'
Hari: Setiap hari Sabtu

GPS Coordinate bagi masjid tersebut yang boleh dilihat di sebelah kiri dari jalan menuju ke TV Roundabout dari Traffic signal CNH ialah seperti berikut:

25.304500 N
51.498909 E

atau

25 18' 16.75" N
51 29' 55.91" E

Click disini utk Google Map direction

Diattachedkan bersama peta ke masjid tersebut. Penyampaian kelas tafsir tersebut oleh Ustaz Amir adalah menarik dan penuh dengan mutiara ilmu yang bermanfaat, terbuka kepada semua (lelaki sahaja). Sila hadir dengan membawa bersama terjemahan quran/tafsir. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi saudara Azhar di 5756847 atau saya sendiri di 5542637.

Selain daripada itu, rakan2 juga boleh memilih untuk hadir kelas tafsir dalam bahasa English yang disampaikan oleh Dr Bilal Philips setiap hari Jumaat antara Maghrib dan Isya' di masjid Al Fanar.

Marilah kita sama2 memenuhi tuntutan rohani kita di samping meneruskan tanggungjawab kita mempelajari Al-Quran. Semoga hidup kita tidak terasa kosong dan diberi ketenangan jiwa yang dicari ramai melalui pelbagai aktiviti dan hobi yang tidak sesekali mungkin membawa kepuasan sepenuhnya. Benarlah firman Allah....

“(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

Wasalam.
malaysiaqatar
malaysiaqatar
Admin

Number of posts : 53
Registration date : 2008-04-08

Back to top Go down

Fw: Kelas Tafsir oleh Ustaz Amir (setiap Sabtu selepas solat Isya') Empty Re: Fw: Kelas Tafsir oleh Ustaz Amir (setiap Sabtu selepas solat Isya')

Post by kutu_beramboi 2010-02-18, 09:43

salam!
program ni masih lagi on kan ...
semoga bermanafaat ...
kutu_beramboi
kutu_beramboi
Active Member
Active Member

Number of posts : 597
Location : Qatar
Registration date : 2008-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum