Malaysian living in Qatar
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Didikan agama tidak dititikberatkan? Adakah minda kita sudah merdeka?

4 posters

Go down

Didikan agama tidak dititikberatkan? Adakah minda kita sudah merdeka? Empty Didikan agama tidak dititikberatkan? Adakah minda kita sudah merdeka?

Post by silver16v 2008-08-21, 09:05

Salam,

Sedih bila tengok email pasal orang kita. Siapakah patut disalahkan? Tentulah diri kita sendiri. Bila agama disisihkan dari kehidupan, nafsu diutamakan, kepentingan diri dan keluarga diutamakan (pucuk pimpinan negara) mengumpul kekayaan. Pemimpin berpendidikan ideologi barat yang cetek ilmu agama menjadi penentu dasar pendidkan dan perundangan yang tidak mengikut Al-Quran dan Hadith. Apakah kita sudah merdeka sepenuhnya?

Cuba saudara-saudari taip 'Melayu' di youtube. Itulah kenyataannya keruntuhan akhlak muda-mudi melayu yang 100% Islam. Adakah cukup sekadar utk memastikan anak2 kita mendapat didikan Agama yang sempurna? Bagaimana pula tanggungjawab kita pada masyarakat dimana anak2 kita akan bergaul di luar dari rumah yang penuh dgn keruntuhan akhlak muda-mudi yang akan membawa pengaruh buruk dalam pergaulan anak2 kita?


Didikan agama tidak dititikberatkan? Adakah minda kita sudah merdeka? China_girls
silver16v
silver16v
Active Member
Active Member

Number of posts : 360
Location : Doha
Registration date : 2008-04-01

http://www.malaysiaqatar.com

Back to top Go down

Didikan agama tidak dititikberatkan? Adakah minda kita sudah merdeka? Empty Re: Didikan agama tidak dititikberatkan? Adakah minda kita sudah merdeka?

Post by Rifdee 2008-08-21, 11:29

Hancus!

Shouldn't even be on the list (irrespective of how much the pricing i.e. I wouldn't be any happier even if the price was the highest).
Rifdee
Rifdee
Active Member
Active Member

Number of posts : 221
Registration date : 2008-04-26

Back to top Go down

Didikan agama tidak dititikberatkan? Adakah minda kita sudah merdeka? Empty Re: Didikan agama tidak dititikberatkan? Adakah minda kita sudah merdeka?

Post by shekin 2008-08-21, 11:44

affraid OMG,ape dah jd pd anak melayu skrang????

Mad Mad Mad
shekin
shekin
Active Member
Active Member

Number of posts : 49
Registration date : 2008-07-23

Back to top Go down

Didikan agama tidak dititikberatkan? Adakah minda kita sudah merdeka? Empty Re: Didikan agama tidak dititikberatkan? Adakah minda kita sudah merdeka?

Post by Rifdee 2008-08-22, 00:28

Sekarang???.... dah lama dah wei....
Rifdee
Rifdee
Active Member
Active Member

Number of posts : 221
Registration date : 2008-04-26

Back to top Go down

Didikan agama tidak dititikberatkan? Adakah minda kita sudah merdeka? Empty Re: Didikan agama tidak dititikberatkan? Adakah minda kita sudah merdeka?

Post by shekin 2008-08-22, 00:44

Rifdee wrote:Sekarang???.... dah lama dah wei....

kalo ikut mmg dr zaman tok nenek kite lg dah ade cik rifdee... skrg lagi KRITIKAL nampaknyer. Kes buang bayi di Msia tu makin menjadi2. Apalah nasib anak yg malang tu ekkkk?... Crying or Very sad

pale pale pale
shekin
shekin
Active Member
Active Member

Number of posts : 49
Registration date : 2008-07-23

Back to top Go down

Didikan agama tidak dititikberatkan? Adakah minda kita sudah merdeka? Empty Re: Didikan agama tidak dititikberatkan? Adakah minda kita sudah merdeka?

Post by ahmadhasnan 2008-08-22, 08:02

bro kat mane tmpt nie...???


Last edited by ahmadhasnan on 2008-08-22, 08:06; edited 1 time in total

ahmadhasnan
Active Member
Active Member

Number of posts : 97
Registration date : 2008-04-26

Back to top Go down

Didikan agama tidak dititikberatkan? Adakah minda kita sudah merdeka? Empty Re: Didikan agama tidak dititikberatkan? Adakah minda kita sudah merdeka?

Post by ahmadhasnan 2008-08-22, 08:04

shekin wrote:

kalo ikut mmg dr zaman tok nenek kite lg dah ade cik rifdee... skrg lagi KRITIKAL nampaknyer. Kes buang bayi di Msia tu makin menjadi2. Apalah nasib anak yg malang tu ekkkk?... Crying or Very sad

pale pale pale[/quote]

zaman dulu pun byk jugak puan shekin....cuma beza dia dengan zaman skang nie, zaman skang nie dah canggih..berita seme ada..paper byk...internet lg...zaman dulu mane seme tu..tv pun limited..so krg la skit org tau bab nie...

ahmadhasnan
Active Member
Active Member

Number of posts : 97
Registration date : 2008-04-26

Back to top Go down

Didikan agama tidak dititikberatkan? Adakah minda kita sudah merdeka? Empty Re: Didikan agama tidak dititikberatkan? Adakah minda kita sudah merdeka?

Post by silver16v 2008-08-22, 10:06

SMS maki ayah, ibu (HARIAN METRO)
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fauzi Abdullah



KUALA LUMPUR: Hanya kerana dinasihat meninggalkan tabiat buruk dan kembali ke jalan Allah swt, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang gemar meneguk arak dan ponteng sekolah tergamak menghantar `SMS derhaka’ memaki-hamun ibu bapanya sendiri.

Pelajar terbabit sanggup menghantar SMS memaki-hamun ibu bapanya tanpa mempedulikan dosa besar bakal ditanggungnya.

Menceritakan insiden itu, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, berkata dia menerima panggilan daripada seorang wanita meminta nasihat terhadap perilaku biadab anaknya.

“Saya bertanya lebih lanjut kepada wanita berkenaan dan dia menceritakan sikap buruk anak sulungnya itu,” katanya.


Katanya, anak wanita itu yang menjadikan penyanyi Barat sebagai idola suka bercampur dengan rakan sebaya yang liar, tidak suka ke sekolah selain terbabit dengan pelbagai aktiviti tidak sihat.

“Ibu remaja itu yang berusia lewat 30-an tergamam apabila membaca enam SMS berangkai dihantar anaknya bermula jam 9 malam hingga 10 malam, Ahad lalu.

“Saya kemudian ditunjukkan SMS terbabit dan terkejut kerana ia mengandungi ayat menghina dan memaki-hamun ibu bapanya,” katanya.

Menurutnya, SMS sama yang turut dihantar kepada suami wanita itu jelas menggambarkan betapa rendah moral remaja terbabit.

Ahmadi berkata, ibu remaja terbabit yang juga seorang suri rumah hanya mampu menangis teresak-esak mengenangkan sikap biadab anaknya.

“Remaja itu seolah-olah hilang akal dan pedoman kerana ibu bapanya cuba menasihatinya berubah, sebaliknya dianggap musuh atau rakan sebaya yang boleh dicerca begitu saja.

“Dia sewenang-wenang menghantar SMS kepada orang tuanya dengan kata-kata: `untuk pengetahuan kau, aku kaki mabuk! tak nak halau aku keluar dari rumah ke?’

“Malah, dia mendakwa semua dosa dilakukannya di bawah tanggungan kedua-dua orang tuanya,” katanya kepada Harian Metro.

Pada SMS kali keempat yang dihantar, remaja terbabit menghantar mesej berbunyi “kau sayang aku? buang masa kau sayang setan ini! aku keluar dari rumah sekarang dan tak payah cari aku. Aku berjanji tak akan jejak kaki di rumah kau lagi.”

Kandungan SMS itu membuat Ahmadi tidak percaya dihantar seorang anak kepada ibu bapanya sendiri.

“Saya yang simpati dengan nasib ibu bapanya kemudian menawarkan bantuan mencari remaja terbabit dan akhirnya menemuinya bersembunyi di rumah rakan Selasa lalu,” katanya.

Remaja berkenaan tidak menyedari kedatangan rombongan Ahmadi yang membawa ibunya.

“Saya terus ke bilik tidur lalu mengejutkannya dan bertanyakan kenapa bersikap biadab kepada ibu bapa,” katanya.

Ahmadi berkata, mulanya remaja berkenaan tidak mengaku menghantar SMS berkenaan, namun selepas diasak beberapa kali dia mengakui.

“Remaja liar itu mendakwa dia menghantar SMS itu kerana geram dan tidak tahan mendengar leteran ibu bapa yang dianggap mengganggu hidupnya yang inginkan kebebasan dan tidak mahu dikongkong,” katanya.

Justeru, bagi menyelamatkan masa depan remaja terbabit, wanita berkenaan bersetuju menghantar anaknya itu ke sebuah pusat pemulihan di Banting, Selangor.

“Saya sendiri akan mengawasi proses pemulihan remaja berkenaan yang kini menunjukkan tanda positif,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20080822093432/Article/index_html
silver16v
silver16v
Active Member
Active Member

Number of posts : 360
Location : Doha
Registration date : 2008-04-01

http://www.malaysiaqatar.com

Back to top Go down

Didikan agama tidak dititikberatkan? Adakah minda kita sudah merdeka? Empty Re: Didikan agama tidak dititikberatkan? Adakah minda kita sudah merdeka?

Post by Rifdee 2008-08-22, 13:44

Saidina Aqamah...
Rifdee
Rifdee
Active Member
Active Member

Number of posts : 221
Registration date : 2008-04-26

Back to top Go down

Didikan agama tidak dititikberatkan? Adakah minda kita sudah merdeka? Empty Re: Didikan agama tidak dititikberatkan? Adakah minda kita sudah merdeka?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum