Malaysian living in Qatar
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Abdullah berlepas untuk lawatan ke tiga negara Teluk

Go down

Abdullah berlepas untuk lawatan ke tiga negara Teluk Empty Abdullah berlepas untuk lawatan ke tiga negara Teluk

Post by Wak 2009-01-17, 18:28

Berita Harian
18 Januari 2009

PETALING JAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berlepas untuk lawatan rasmi ke tiga negara Teluk.

Perdana Menteri, yang diiringi isterinya Datin Seri Jeanne Abdullah, berlepas dengan jet eksekutif dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang pada jam 12.55 tengah hari tadi.

Beliau akan memulakan lawatan ke Bahrain selama dua hari mulai esok, dan diikuti lawatan dua hari ke Qatar dan diakhiri dengan lawatan dua hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 22 Januari.

Ini adalah lawatan rasmi pertama Abdullah ke negara Teluk berkenaan sejak menjadi Perdana Menteri.

Lawatan itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama yang sedia terjalin antara Malaysia dan ketiga-tiga negara yang kaya dengan hasil petroleum itu.

Abdullah turut disertai beberapa Menteri Kabinet, pegawai kanan kerajaan serta ahli perniagaan.

Semasa lawatan itu, Perdana Menteri dijadual melawat beberapa projek yang dilaksanakan syarikat Malaysia serta menyampaikan ucap tama pada Forum Perniagaan di Bahrain dan Qatar.

Antara projek besar yang dilaksanakan syarikat Malaysia di Bahrain ialah Litar Antarabangsa Formula Satu bernilai RM560 juta dan Bahrain City Centre berharga RM1.9 bilion.

Di Qatar, syarikat Malaysia sedang menyiapkan projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Doha bernilai RM1.9 bilion manakala di UAE pula projek pembinaan lima menara di pulau Al Reem bernilai RM1.3 bilion yang dijadual siap September ini. - Bernama
Wak
Wak
Active Member
Active Member

Number of posts : 471
Registration date : 2008-12-17

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum